Yayasan Sultanah Bahiyah

ROYAL PATRON'S NIGHT 2011

 

Hadiah Istimewa Sentuhan Dato' Sharifah Fatimah

 


Antara Yang Menyampaikan Sumbangan

 

Sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Ke-84

 

Para Penghibur Yang Mendendangkan Lagu

 

 

Persembahan Istimewa YTM Tunku Panglima Besar Kedah Bersama Kombo RAMD

 

Aktiviti Pameran Dan Jualan

 

Pada 30 November 2011 telah berlangsung majlis "ROYAL PATRON'S NIGHT 2011" yang diadakan di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Kesemua tetamu jemputan hadir dengan pesona tersendiri dan memenuhi ruang majlis yang disediakan. Antara acara yang berlangsung pada malam tersebut adalah majlis sumbangan replika cek daripada para penyumbang yang berhati murni, sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, persembahan nyanyian oleh oleh kombo ATM, artis terkenal tanahair Dayang Nurfaizah dan teristimewa nyanyian YTM Tunku Puteri Intan Safinaz. Pada malam itu juga terdapat aktiviti pameran dan jualan buku "A ROYAL JOURNEY OF SULTAN ABDUL HALIM".

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERAYAAN KRISMAS

Ketibaan YTM Tunku Nafisah

 

 

Sesi Pendaftaran

 


YTM Tunku Nafisah Menyampaikan Sumbangan

 


Suasana Gembira Dikalangan Penerima Sumbangan

 

Sempena sambutan Krismas yang berlangsung pada bulan Disember 2011, pihak Yayasan Sultanah Bahiyah telah menyampaikan sumbangan kepada individu yang kurang bernasib baik yang menyambut Hari Natal.  Kesemuanya kelihatan gembira dan bersyukur di atas sumbangan yang di terima. Majlis sumbangan ini berlangsung di Hotel Swiss-Inn, Sungai Petani.

   

PAMERAN "ARTS INTO THE NEW MILLENNIUM"

Tuanku Sultan merasmikan "ARTS INTO THE NEW MILLENIUM"

 

Antara yang mengunjungi ruang galeri pameran

 

Jualan "ROYAL JOURNEY OF SULTAN ABDUL HALIM"

 

Atas rasa tanggungjawab menyokong industri seni terutamanya seni lukisan khasnya dari pelukis-pelukis tempatan, pihak YSB telah menganjurkan sebuah pameran lukisan di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Lukisan-lukisan yang di pamerkan adalah hasil karya daripada pelukis-pelukis kelahiran Kedah yang pernah memenangi pelbagai anugerah peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain untuk tujuan mempamerkan karya-karya tersebut, ia juga turut di buka untuk jualan kepada pengunjung yang berminat.

   

****UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH****

 

 

 

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA
YANG TERAMAT MULIA TUNKU PANGLIMA BESAR KEDAH
DATO' SERI TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ BINTI KEBAWAH
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN HAJI ABDUL HALIM
MU'ADZAM SHAH, DKH., SSDK., PAT., JP.
PENGERUSI
YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

DI ATAS PENGANUGERAHAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH
(PEMBANGUNAN KOMUNITI)
DARIPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH,
CANSELOR KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
PADA 5HB OKTOBER 2011

SEMBAH TAKZIM DARIPADA
AHLI-AHLI LEMBAGA AMANAH DAN KAKITANGAN
YAYASAN SULTANAH BAHIYAH



SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KEPADA
YANG TERAMAT MULIA TUNKU PANGLIMA BESAR KEDAH
DATO' SERI TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ BINTI KEBAWAH
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN HAJI ABDUL HALIM
MU'ADZAM SHAH, DKH., DKYR., SSDK., PAT., JP.
PENGERUSI
YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

SEMPENA PEMASYHURAN SEBAGAI PRO CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
OLEH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR,
CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PADA 24HB SEPTEMBER 2011

SEMBAH TAKZIM DARIPADA
AHLI-AHLI LEMBAGA AMANAH DAN KAKITANGAN
YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

   

KONSERT AMAL SENANDUNG KASIH 2011

Pada 9 September yang lalu telah berlangsung satu acara amal yang gilang gemilang di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar , Kedah Darul Aman. Acara yang di maksudkan tersebut adalah Konsert Amal Senandung Kasih. Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mendana tabung penubuhan Pusat Hemodialisis YSB-NKF di Kulim.

 

YTM Tunku Panglima Besar Kedah mendendangkan lagu dengan penuh penghayatan

 

Antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam konsert

 

Sebahagian daripada penyumbang yang menerima penghargaan

 

Ramai yang hadir dan memberi sokongan pada malam konsert tersebut. Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM100, RM200. Acara diserikan oleh kehadiran penyanyi terkenal tanahair iaitu Lee Sinje dan Elaine Kang. Kemunculan mereka penjadi pengubat rindu kepada peminat-peminat yang hadir. Selain itu persembahan konsert juga turut dijayakan oleh beberapa artis lain dan kumpulan persembahan seperti The Sparklers, Ke Xin Yu, Nur Farahin Mahadi, Kumpulan Koir SMK Sultanah Bahiyah, Kumpulan Gamelan Universiti Teknologi PETRONAS, Orkestra Klasik Cina Chee Yang Kor dan Pasukan Orkestra Cina SMJK Keat Hwa

Apapun, kemunculan istimewa YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan dua buah lagu iaitu Tanah Pusaka dan The Moon Represents My Heart(dalam bahasa mandarin) amat memukau penonton yang hadir. Penghayatan dan kualiti vokal menyentuh hati pendengar.

Konsert Amal Senandung Kasih 2011 ini berjaya mencapai objektifnya dan pada masa yang sama turut dapat menghiburkan penonton yang datang.

   

Page 1 of 3

Hubungi Kami

 Yayasan Sultanah Bahiyah
223-224, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04 - 730 4112
Faks : 04 732 2730 

Sumbangan

 Bantu Kami Bagi Membantu Mereka Yang Memerlukan

 

 Bantu Kami Bagi Membantu Mereka Yang Memerlukan